Darwin
mengasaskan teori evolusi yang mencetuskan pemikiran bahawa manusia berasal
daripada beruk.
Polemik
mengenai teori evolusi manusia diperkenalkan Charles Robert Darwin pada 1859
sehingga kini masih menjadi perbalahan pendapat antara teori Darwinian dan
teras kejadian manusia mengikut perspektif dan pemikiran Islam.
Pendirian
Islam amat jelas iaitu manusia pertama adalah Nabi Adam. Manusia berasal
daripada air mani, lalu menjadi sebuku darah beku, sehingga membentuk sifat
manusia.
Firman
Allah yang bermaksud: "Dan sesungguhnya, kami (Allah) menciptakan manusia
daripada pati yang berasal dari tanah. Kemudian kami jadikan pati itu air benih
pada tempat penetapan yang teguh kukuh. Kemudian kami ciptakan air benih itu
menjadi sebuku darah beku, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging,
kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut
tulang itu dengan daging. Selepas sempurna kejadian itu, kami bentuk dia
menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan
ketinggian Allah sebaik-baik pencipta." (Surah al-Mukminun, ayat 12-14).
Teori
evolusi Darwin disebarkan melalui penebitan buku berjudul Origin of Species
yang diterbitkan pada tahun 1859 dan dianggap sebagai 'buku yang menggegarkan
dunia'.
Soalnya,
siapakah pengkaji asal mengenai Origin of Species? Apakah mungkin Darwin
mencedok pemikiran asal pengkaji Islam Ibn Maskawaih (300 Masihi), cendekiawan
Islam pertama mencetuskan uraian mengenai hubungan alam dan kehidupan, serta
hubungan kejadian biologis dan evolusi pemikiran?
Darwin
bukanlah orang pertama mencipta teori evolusi, sebaliknya teori itu sudah
dibincang secara meluas pada zaman Darwin sendiri. Dikatakan bahawa datuk
Darwin, Erasmus, pernah menceritakan mengenai evolusi ini dalam karya puisinya.
Justeru,
Darwin dikatakan hanya menyambung kajian datuknya dan memerap idea itu selama
lebih 20 tahun. Darwin terus mempercepatkan usaha menerbitkan bukunya pada 1859
apabila idea sama turut dicetuskan Alfred Russell Wallace. Sebab itu ada
orang menyebutnya sebagai teori evolusi Darwin – Wallance.
Banyak
persoalan mengenai Theory on Evolution boleh dipelajari dan digarap mengikut
perspektif al-Quran.
Teori
evolusi diperkenalkan Darwin diasaskan kepada sistem klasifikasi 'Binomial'
yang membawa konsep efiniti antara pelbagai jenis haiwan dan tumbuhan terdiri
daripada spesies, genera, order, kelas dan phyla.
Mengenai
klasifikasi binomial pula, setiap spesies berpunca daripada satu keturunan sama
dan asal usul ini berkesinambungan daripada permulaan alam hayat di muka bumi ini.
Proses
evolusi ini menekankan bahawa dalam keadaan semula jadi, sesuatu spesies
mengalami perubahan dari segi fizikal dan wujud variasi bagi tujuan survival,
manakala persaingan berlaku bagi membolehkan spesies lebih kuat dan dominan
akan terus hidup.
Tidak
semua pemikir Barat menerima teori Darwin ini. Misalnya, pihak gereja
menganggap ia bercanggah dengan pendirian agama mereka seperti dalam Bible
Genesis Fasal 1, ayat 1-25 yang menyebut setiap spesies itu melalui kejadian
khas oleh Tuhan.
Apa
pun, gereja menganggap Tuhan dimaksudkan ialah Tuhan anthropomorfik, iaitu
tuhan yang disekutukan dengan sifat manusia yang kemudian menjelma sebagai
Yesus Kristus dalam konsep triniti.
No comments:
Post a Comment