Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) cakna penarik beca atau ‘ore gatih teksi’. Golongan
penarik beca antara yang terkesan dengan perubahan semasa. Khidmat ore gatih
teksi semakin tidak diperlukan apabila kebanyakan menggunakan kenderaan sendiri
ketika pergi berurusan di bandar Kota Bharu.
Keadaan
itu tentu sekali menjejaskan sumber pendapatan mereka yang bergantung dengan
mengambil upah orang menghantar penumpang ke destinasi masing-masing.
Sebahagian
mereka yang telah mencecah usia lebih 60 tahun masih meneruskan kerjaya yang
telah dilakukan sejak 30 atau 40 tahun lalu. Biarpun sudah banyak penarik beca
yang telah bersara disebabkan lanjut usia atau telah meninggal, masih ada saki
baki meneruskan kerjaya tersebut.
Menyedari
keterbatasan sumber pendapatan penarik beca, PCAK telah berulang kali
menjadikan mereka sebagai penerima sumbangan berupa barang makanan kering dan apa-apa
yang difikirkan wajar diberikan kepada mereka.
PCAK
merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan
lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat
dibantu.
Untuk
maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton
Daud di talian 011-1941-3639.
Pihak
yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084
(MBSB).
Pertubuhan
Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan:
PPM-006-03-30032021
No comments:
Post a Comment