Raja
Loyor bin Raja Sakti adalah pemerintah kedua kerajaan di Jembal, iaitu institusi
terawal kesultanan Kelantan.
Raja
Loyor adalah seorang daripada 4 putera Raja Sakti, pemerintah di Jembal,
Kelantan pada abad ke-17. Baginda menaiki takhta selepas kemangkatan Raja Sakti
pada pada tahun 1649. Sebelum itu, baginda dilantik sebagai Bendahara.
Raja Loyor adalah ayahanda kepada Puteri Saadong, puteri yang masyhur dalam
sejarah Kelantan itu. Baginda telah berkahwin dengan Puteri Nang Chayang, salah
seorang raja perempuan Pattani, dan memperoleh Puteri Saadong hasil daripada
perkahwinan tersebut. Seorang lagi anak baginda mati ketika usia masih kecil.
Baginda digantikan oleh adinda baginda Raja Bahar yang sebelum itu bergelar
Bendahara. Baginda dimakamkan berhampiran dengan Sekolah Menengah Raja Sakti
(dahulu dikenali Sekolah Menengah Kedai Lalat), kira-kira 10 kilometer dari Kota
Bharu.
No comments:
Post a Comment