Tuesday 10 January 2023

WARUNG CUBA RASA CELUP TEPUNG PANTAI SENOK

 
Warung Cuba Rasa Celup Tepung terletak di Pantai Senok atau juga dikenali Pulau Nami cukup terkenal di kalangan pengunjung ke Pantai Senok.
 
Kedudukan warung di ‘permulaan’ kawasan peranginan yang terkenal dengan keindahan pokok ru itu menjadikan ia mudah dikunjungi. Maksudnya akan bertemu dengan papan iklan dahulu sebelum memasuki kawasan pantai.
 
Pelbagai hidangan berasaskan celup tepung ada dijual, selain masakan panas lain. Pelanggan dapat menikmati hidangan sambil menikmati suasana pantai yang indah dengan tiupan angin nyaman.
 
Kepada pengunjung Pantai Senok boleh ‘cuba rasa’ menu istimewa celup tepung di Warung Cuba Rasa Celup Tepung.  

No comments:

Post a Comment