Keladi (Collocaasia esculenta) merupakan
satu tanaman kategori tanaman kontan di Malaysia yang ditanam untuk kegunaan
segar dan proses. Keladi banyak jenis dengan pelbagai ciri yang berbeza. Terdapat
keladi yang digunakan untuk diproses seperti dibuat aiskrim, kerepek dan
juga keladi sayur.
Keladi mawar antara
salah satu jenis keladi yang popular. Keladi mawar merupakan sejenis keladi
yang bersaiz besar dengan kebanyakannya untuk tujuan digoreng atau dibuat
kerepek. Berat
sebiji keladi mawar dari 2.5 kg - 3.5 kilogram.
Cara penanaman ubi keladi mawar sama
seperti jenis keladi lain. Ia sama ada menggunakan sulur yang telah tumbuh atau
ubi yang kemudiannya akan keluar sulur apabila ditimbus di dalam tanah.
Mudah menanam ialah membuat lubang dengan
cangkul dan benih dimasukkan kemudian ditimbus dan dibuat busut. Penggunaan
baja bakar satu kaedah yang baik untuk keladi mawar pada peringkat permulaan.
Keladi mawar boleh tumbuh di semua jenis tanah. Namun, jenis tanah gambut adalah paling sesuai untuk tumbesaran, terutama jika bertujuan untuk dijual.
Dapatkan keladi mawar .
Di Shopee
- https://s.shopee.com.my/5fiWIv9Qq9? (benih)

.jpg)
No comments:
Post a Comment