Monday, 30 January 2023

MADRASAH RIBAT AL AHMADIAH KAMPUNG TEGAYONG

 
Pengajian sistem pondok masih sesuai dan diterima pada masa sekarang. Permohonan pelajar untuk menyertai pondok semakin berkembang dan terdapat pondok yang tidak mampu menerima penghuni lebih banyak disebabkan kekangan kemudahan yang sedia ada di pondok, terutama kediaman dan tempat belajar.

Antara pondok yang dalam proses pembangunan fizikal untuk menyediakan kemudahan bangunan tempat belajar ialah Madrasah Ribat Al Ahmadiah, Kampung Tegayong, Melor, Kelantan.
 
Bangunan yang separuh siap itu masih memerlukan RM200 ribu untuk disiapkan sepenuhnya dan seterusnya dapat digunakan.
 
Sumbangan orang ramai amat-amat dipohon. Menyumbanglah untuk bekalan akhirat.
Membantu membina madrasah bermakna membina atau menyediakan tempat umat Islam untuk belajar berdakwah, beribadah, berhalaqah muzakarah ilmu, tertadarrus Al-Quran, bermesyuarat fikir risau tentang umat dan lain-lain amal kebajikan.
 
Biarpun penyumbang tidak bersama-sama dalam aktiviti di madrasah, namun hasil sumbangan yang diberikan, sesungguhnya mereka turut mendapat ganjaran pahala hasil apa yang berlaku di madrasah.

Firman Allah SWT bermaksud: ”Dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya. Dan Dialah jua sebaik-baik pemberi rezeki.” (Surah Saba, ayat ayat 39)

Dalam ayat ini, Allah SWT berjanji bahawa setiap harta yang kita sedekahkan atau dermakan sebagai tanda kita bersyukur kepada Allah SWT atas kurnia-Nya maka harta tersebut akan diganti semula.

Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun bank Islam Madrasah Ribat Al-Ahmadiah: 03111010164872.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Mudir Pondok Madrasah Ribat Al Ahmadiah, Ustaz Mohd Zainal Abidin di nombor www.wasap.my/+60179781610 

No comments:

Post a Comment