Syariah adalah sesuatu berkaitan hukum
agama. Kepentingan syariah dalam kehidupan manusia tidak dapat dinafikan. Allah
Maha Mengetahui keperluan setiap ciptaan-Nya dalam aspek rohani dan jasmani.
Maka, apa yang disyariat adalah bertepatan dengan keperluan tabie manusia.
Mereka yang menolak syariat sebenar menolak apa yang diperlukan oleh rohani dan
jasmani mereka sendiri.
Sifat
tabie manusia memerlukan Tuhan. Semua manusia sedar bahawa dirinya dan seluruh
alam ini ada penciptanya. Kepercayaan itu secara langsung mengakui bahawa
pencipta itu maha berkuasa dan berhak menentukan apa yang diingini berlaku ke
atas ciptaan-Nya.
Maka sebab itu, tabie manusia perlu
menentukan Tuhan yang diyakininya. Syariat Islam menentapkan hanya Allah SWT yang
layak disembah dan diyakini kekuasan-Nya.
Keyakinan bahawa ada kuasa Maha Besar dan
Maha Bijaksana mentadbir alam ini turut melibatkan penganut agama lain. Namun,
mereka telah memilih jalah salah dalam menentukan siapa perlu disembah.
Sedangkan Allah SWT tidak menerima agama lain selain Islam.
Bukti lain menjelaskan manusia memerlukan
Tuhan dapat kita perhatikan apabila setiap kali berdepan dengan malapetaka, kesusahan
atau kesakitan, ketika itu manusia akan menyebut dan merayu kepada Allah.
Ini jelas membuktikan bahawa manusia sedar bahawa apa yang berlaku terhadap dirinya dan alam ini adalah di bawah kekuasaan Allah. Maka itu mereka memohon agar Allah melindungi dan menjauhkan mereka daripada kesulitan yang dihadapi itu.
No comments:
Post a Comment