Thursday, 30 March 2023

PESTA COLEK ERAT SILATURAHIM

 
Makan colek, antara aktiviti paling popular bagi masyarakat di Kelantan pada bulan Ramadan. Ia menjadi medan untuk mengganti aktiviti “jom ngopi” atau “make teh” pada bulan lain.
 
Makan colek umpama pesta. Sambutan luar biasa yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat. Makan colek biasanya dimakan selepas umat Islam selesai menunaikan solat terawih. 
 
Makan colek sering dijadikan program untuk bersama ahli keluarga, sesama rakan, persatuan, NGO dan wadah untuk pemimpin politik mendekati pengundi.  
 
Malah aktiviti makan colek itu turut menjadi pengerat silaturahim antara rakan sebaya kerana sering berkongsi wang atau bergilir-gilir membelanja kawan-kawan.
 
Aneka colek, sama ada campuran buah-buahan, ayam, sotong, perut lembu, paru dan cucur yang dicelup tepung serta digoreng garing dan dimakan dengan kuah pencicah pedas atau manis menjadi daya penarik di kebanyakan kedai makan.

Terdapat banyak restoran di Kelantan menyediakan hidangan colek ini pada sepanjang bulan Ramadan. Disebabkan sambutan hangat, banyak restoran yang pada hari biasa menjual pelbagai jenis makanan harian, akan menukar menu hanya menjual colek pada bulan Ramadan. 
 
Bahkan, ada restoran yang tidak mendapat sambutan pada bulan biasa menjadi begitu terkenal pada bulan Ramadan semata-mata kerana colek hingga tidak cukup ruang untuk memenuhi permintaan pelanggan.
 
Begitu hebat sekali sambutan colek di Kelantan yang menjadi satu budaya makan yang paling unik dan dirindui perantau yang tinggal di luar Kelantan. Mereka akan cuba kembali ke Kelantan lebih awal bagi memastikan tidak terlepas peluang menyerti 'pesta colek'.
 
Antara restoran yang menawarkan “pesta colek” ialah Binmohamed Food Garden yang beroperasi di 1297 Lorong Kubur Datuk, Jalan Pantai Cahaya Bulan 15350 Kota Bharu, Kelantan. Maklumat lanjut hubungi +60 12-606 2225

No comments:

Post a Comment