Banyak kawasan pulau di Semporna, Sabah sesuai
dijadikan kawasan aktiviti selam snorkel (snorkeling). Antara
kawasan yang menjadi pilihan ialah Pulau Pom Pom yang mengambil masa pelayaran kira-kira
40 minit menggunakan bot laju dari Jeti Semporna.
Pulau Pom- Ppom dibangunkan sebagai pusat peloncongan pilihan
dengan kemudahan resort untuk pelancong menginap di pulau yang pastinya
menjanjikan kepuasan tidak terhingga. Kawasan yang dikelilingi laut membiru itu
amat damai dan menyediakan lokasi selam snorkel dan selam skuba (scuba diving)
yang mengujakan.
Kawasan Pulau Pom Pom diuruskan oleh pihak swasta. Justeru,
sesiapa yang ingin singgah di pulau tersebut tanpa menyewa bilik dikenakan
bayaran “pendaratan”. Bagaimanapun, jika sekadar ingin melakukan selam snorkel,
tidak dikenakan sebarang bayaran.
Sepertimana kawasan pulau-pulau lain, laut di sekeliling
Pulau Pom Pom menampilkan air yang jenih dan dpenuhi dengan terumbu karang yang
menjadi pilihan untuk melakukan aktiviti selam snorkel. Kawasan laut yang
tenang dengan sedikit beralun memudahkan aktiviti selam snorkel dilakukan.
Kunjungan ke Pulau Pom Pom pastinya menjanjikan kepuasan dan
pengalaman paling menari. Selain berpeluang melihat batu karang dan ikan, anda
juga berpeluang melihat penyu berenang mencari makan di kawasan tersebut.
Pulau
Mataking Semporna
Pulau
Timba Timba, Semporna
Pulau
Pom Pom, Semporna
No comments:
Post a Comment