Pengundi di enam negeri yang terlibat dalam
pilihan raya negeri (PRN) bersatu memperkasakan perjuangan demi bangsa, agama
dan pertiwi.
Penyatuan bangsa itu perlu diterapkan
menerusi PRN nanti bagi menyelamatkan negara, bangsa dan agama yang sedang
tergugat oleh politik gila kuasa.
Kehidupan rakyat selepas Pilihan Raya Umum
ke-15 (PRU15) November tahun lalu, tidak bererti lagi apabila “gelora” politik
masih mengganas. Masih ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pembentukan
Kerajaan Perpaduan yang ada sekarang.
Parti yang sepatutnya dapat membentuk kerajaan
Pusat jika sanggup bergabung dengan parti lain, kini semakin tidak “waras”
kerana menyesal mengambil langkah tidak menerima cadangan Yang DiPertuan Agong
agar menyertai Kerajaan Perpaduan.
Lebih parah lagi mereka bukan sahaja tidak
menjadi sebahagian kerajaan, tetapi sudah ada yang berdepan dengan status “kluster
mahkamah” yang dahulunya ditujukan kepada orang lain.
Bangsaku, sahabatku di seluruh negara
khasnya di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri
Sembilan, masa sampai bagi kita semua berjabat tangan memperkasa semula
perjuangan asas yang lama demi bangsa agama dan pertiwi.
Negara, bangsa dan agama kita sedang
tergugat dan digugat di sisi politik gila kuasa, penunggang agama dan menyesal
hilang kuasa.
Rupa-rupanya selepas silap percaturan
politik dan hilang kuasa, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami
penyakit jiwa. Sifat celarunya konon kita semua ini silap pilih pemimpin,
sedangkan merekalah silap mengambil keputusan disebabkan sikap angkuh dan
berasa diri mereka suci.
Kerajaan sekarang tidak mempunyai dasar
ekonomi apatah lagi peka dengan penderitaan rakyat selain tidak tahu mentadbir
dan tidak sayangkan bangsa sendiri.
Hakikatnya, kecelaan pemimpin dahulu yang kini
tersenarai “kluster mahkamah” banyak mendatangkan masalah kepada rakyat yang belum
dapat diselesaikan.
Antara perlakuan berpolitik dan main
politik kini sudah jelas. Kita jangan terpengaruh dengan mereka yang sentiasa
berubah-ubah “fatwa” politik yang bertujuan menghalalkan apa yang ingin
dilakukan. Perkara yang mulanya haram dihalalkan apabila ada kepentingan untuk
mereka. Manakala yang halal pula diubah menjadi haram jika tidak menguntungkan
mereka.
No comments:
Post a Comment