Ziarah menziarahi adalah satu aktiviti yang
dilakukan dengan mengunjungi rumah sanak keluarga, rakan taulan atau jiran
tetangga adalah satu perbuatan yang baik.
Amalan itu dilihat amat penting terutama untuk
membentuk hubungan antara pemimpin organisasi dan ahli di bawah. Kehadiran
pemimpin menziarahi ahli dilihat sebagai satu penghormatan kepada ahli di
bawah. Ia juga sebagai satu bentuk ucapan terima kasih pemimpin di atas sokongan
ahli kepadanya.
Pemimpin yang menziarahi ahli diumpama pepatah
ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya yang bermaksud orang besar yang
merendah diri tidak akan jatuh martabatnya. Bahkan, permimpin yang sedemikian
itu akan lebih dihormati oleh ahli di bawahnya.
Antara kebaikan lain amalan ziarah ialah:
- Mengeratkan ikatan silaturahim dengan lebih harmoni
- Dapat kenal mengenali antara satu sama yang lain, walaupun berlainan bangsa dan kaum
- Kehidupan sesuatu mukim akan lebih harmoni dan aman damai
- Terhindar daripada sifat - sifat negatif yang membawa kepada perpecahan kaum dan ummah
- Sentiasa dipandang baik oleh masyarakat lainnya
- Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, sebagaimana dalam islam dinyatakan, hablum minannas
- Terbentuk dan tersemai sifat - sifat yang baik, positif dalam diri
Gambar: Siti Nur Ain Ismail (kiri), Ketua Puteri
UMNO Bahagian Tanah Merah menziarahi ahli ya yang baharu melahirkan bayi.
Antara kebaikan lain amalan ziarah ialah:
- Mengeratkan ikatan silaturahim dengan lebih harmoni
- Dapat kenal mengenali antara satu sama yang lain, walaupun berlainan bangsa dan kaum
- Kehidupan sesuatu mukim akan lebih harmoni dan aman damai
- Terhindar daripada sifat - sifat negatif yang membawa kepada perpecahan kaum dan ummah
- Sentiasa dipandang baik oleh masyarakat lainnya
- Sentiasa menjaga hubungan sesama manusia, sebagaimana dalam islam dinyatakan, hablum minannas
- Terbentuk dan tersemai sifat - sifat yang baik, positif dalam diri
No comments:
Post a Comment