Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan, Tumpat
dikenali antara masjid yang menarik dan aktif melakukan aktiviti keagamaan,
selain menjadi tumpuan jemaah untuk menunaikan sembahyang.
Terletak di Lot PT 3190, Bandar Baru Pasir
Pekan, berhampiran dengan Bulatan Pasir Pekan, Masjid Al-Ismaili gah dapat
dilihat dari jauh yang menarik perhatian orang yang melalui kawasan tersebut.
Masjid ini dibina di atas tanah rizab
masjid seluas 1.112 ekar. Masjid pecah tanah pembinaan Masjid Al-Ismaili telah
disempurnakan Sultan Muhammad V pada 22 Disember 2011.
Nama Al-Ismaili adalah mengambil sempena
Sultan Ismail Petra ibnu Sultan Yahya Petra, ayahanda Sultan Muhammad V.
Masjid Al-Ismaili ini dilengkapi dengan
ruang solat utama seluas 20,750 kaki persegi yang dapat menampung keperluan
jemaah seramai 1500 orang jemaah pada satu-satu masa.
Antara cira pembinaan Masjid Al-Ismaili
ialah mesra jemaah dan jimat tenaga. Masjid ini juga turut dilengkapi sebuah
dewan serba guna, klinik wakaf, ruang mesra kanak-kanak, pejabat pusat
pembangunan sosial dan rumah kakitangan masjid.
Kedudukan Masjid Al-Ismaili terletak di
lokasi strategik, iaiatu di persimpangan utama jalan yang menghubungkan jajahan
Kota Bharu, Tumpat dan Pasir Mas, yang juga berhampiran sekolah, kedai-kedai,
stesen minyak dan pasaraya menjadikan ia menjadi tumpuan setiap waktu solat.
Masjid Al-Ismaili dirasmikan Sultan
Muhammad V pada 27 Ramadan 1435H bersamaan 25 Julai 2014M.
Seni bina masjid Al-Ismaili berteraskan
TEMA 5, iaitu Islam terbina di atas rukun Islam yang lima demi menjaga lima maqasid
as-syariyah, yang terdidik melalui lima hukum bagi panduan lima pancaindera
manusia untuk memandu diri di dunia menuju akhirat.
Justeru itu masjid ini dibina dengan reka
bentuk lima menara, lima anak tangga dan dipagari oleh enam kubah yang
melambangkan Rukun Iman yang enam.
Hiasan dinding juga lima, begitu juga tapak
kubah dan kolah pancur berbucu lima menepati lima pelan strategik transformasi
ummah yang telah dicetuskan oleh Sultan Muhammad V pada 1 Muharram 1432H
bersamaan 6 Disember 2010M. Faqiihan, Amiinan, Rahiman, Ilman, dan Salaman.
No comments:
Post a Comment