Merbah jambul. Sejenis spesies burung tempatan yang semakin pupus. Kebanyakan burung merbah jambul yang diperlihara peminatnya
diimport dari Thailand, Burma, Vietnam dan Kemboja. Dinamakan merbah jambul
kerana pada bahagian kepalanya ada bulu berbentuk jambul menegak.
Merbah jambul juga dipanggil burung candik
di kalangan penduduk Kelantan. Merbah jambul dipelihara untuk
tujuan mendengar kicauan suaranya. Suara burung yang nyaring dan merdu menjadi
tarikan peminatnya. Bahkan, sesiapa yang kali pertama mendengar suara merbah
jambul pasti akan jatuh hati padanya.
Peminat merbah jambul berkumpul bersama membawa burung masing-masing dan mendengar bunyi yang sahut bersahut antara burung-burung yang berada bersama.
Pertandingan suara merbah jambul memilih burung paling sedap bunyinya. Burung yang menjadi juara bukan sahaja menjadi kebanggan pemiliknya, bahkan menjanjikan keuntungan berganda jika ingin dijual.
Merbah jambul berstatus juara tidak sukar untuk mendapat pembeli. Harga yang ditawarkan bergantung kepada berapa kali sudah menjadi juara. Kalau harga RM1000 seekor, itu dikira harga yang selayaknya bagi sang juara. Pun begitu, ada merbah jambul yang menjadi juara dijual dengan harga sehingga RM10,000 seekor.
Merbah jambul memerlukan penjagaan teliti, terutama bagi tujuan menyertai pertandingan burung.
Sangkarnya perlu dipastikan dalam keadaan bersih. Sangkar kotor boleh menyebabkan burung ini mudah sakit dan akan memberi kesan kepada kekerapan untuk berkicau.
Merbah jambul memerlukan pemakanan yang khusus iaitu palet khas untuk burung yang diperbuat daripada buah-buahan. Selain itu, merbah jambul juga diberikan buah-buahan segar seperti pisang, betik dan timun. Pisang yang sesuai ialah jenis kebatu putih.
Burung ini juga memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk menjamin kesihatannya. Jadi pada sebelah pagi, pemilik pasti membiarkannya terkena cahaya matahari sehingga tengah hari.
Untuk menjamin kesihatan merbah jambul yang dibela juga, ia biasanya dimandikan sehari sekali dengan hanya menyembur air supaya burung ini sentiasa dalam keadaan bersih. Najis perlu dibersihkan setiap hari. Bekas air dan makanan juga perlu dibersihkan setiap hari.
Merbah jambul yang sihat mampu berkicauan dengan aktif. Burung merbah jambul ini aktif pada sebelah siang.

Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment