Wednesday, 8 November 2023

BUAH JABUTICABA ANGGUR BRAZIL

 
Buah jabuticaba adalah pokok malar hijau. Tumbuh atau berasal dari negara Brazil. Sebab itu, buah jabuticaba turut dikenali dengan nama anggur Brazil. Buahnya seaakan buah anggur, tetapi berbuah terus di bahagian batang.
 
Buah jabuticaba (Plinia cauliflora) adalah tumbuhan daripada keluarga Myrtaceae dan juga dikelaskan sebagai genus Myclaria plania.
 
Pokok ini ditanam untuk buahnya yang berwarna ungu-hitam berisi putih. Lazimnya  buah ini boleh dimakan mentah atau digunakan untuk membuat jeli dan minuman atau pun dibuat jus atau wain.
 
Penanaman pokok jabuticaba di Malaysia semakin berkembang kerana ada peminat cuba menanamnya. Buahnya yang menarik dan cantik serta manis apabila masak ini membolehkan ia dijadikan satu tanaman potensi di negara kita untuk sesiapa menanamnya.
 
Pokok ini suka lembap, kaya mineral dengan keadaan tanah sedikit berasid. Biapun didakwa ia sebenarnya secara meluas menyesuaikan diri akan tetapi mampu untuk tumbuh dengan baik walaupun pada enis tanah alkali aau pun tanah jenis pantai-pasir.
 
Biasanya bunga jabutacaba ini akan berwarna putih dimana ia akan tumbuh terus daripada yang batang dalam bentuk kauliflori biasa. Bagaimanapun jika ianya tidak diganggu atau tidak diusahakan maka pokok tersebut akan mungkin berbunga dan berbuah hanya sekali atau dua kali setahun.
 
Namun, jika mendapat air atau sistem pengairan secara berterusan maka ia akan berbunga dengan kerap. Ini membolehkan pokok jabuticaba akan berbuah sepanjang tahun di kawasan tropika.
 
Buah jabuticaba ini berkulit tebal. Buah ini juga seakan menyerupai anggur berkulit licin. Ia dilihat mempunyai kulit tebal, berwarna ungu bila ia masak dan terdapat astringen yang melitupi isi lembut merah jambu, putih atau cerah.
 
Buah jabaticaba adalah sumber mineral yang sangat baik seperti kalsium, besi, dan terutamanya kalium dan fosforus. Jaboticaba juga mengandungi tahap asid amino tertentu seperti tryptophan dan lisin. Khasiat daripada buah jabuticaba mengandungi kandungan bahan antioksida dan antiradang serta bahan sebatian antikanser.
 
Pokok yang ditanam dari benih cantuman dilaporkan boleh membuahkan hasil dalam masa 5 tahun sedangkan pokok yang ditanam dari biji benih yang ditanam pokok mungkin mengambil masa 10 - 20 tahun untuk ia mula berhasil.
 
Kadar pertumbuhan pokok jabuticaba ini memang perlahan dan lambat dan saiz pokok yang kecil apabila tidak matang menjadikan pokoknya juga popular sebagai pokok bonsai atau dijadikan sebagai tanaman hiasan.
 
Pokok bonsai jabuticaba ini diletak dalam bekas yang di kawasan-kawasan beriklim sederhana. Jabuticaba mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai jenis keadaan seperti di tanah yan penuh mineral. Pokok ini menyesuaikan diri di tanah masin atau semburan garam. Pokok ini juga toleran kemarau yang sederhana walaupun pengeluaran buah-buahan boleh dikurangkan dan pengairan akan diperlukan kemarau panjang atau teruk.

 

No comments:

Post a Comment