Tuesday, 26 December 2023

LANSIR KERETA API BERGERAK TANPA KUASA ENJIN

 
Istilah lansir digunakan dalam industri pengangkutan rel atau kereta api. Ia istilah asing bagi orang yang tidak terlibat dalam bidang ini. Sebab itu, apabila dieja “lansir” ada yang menyangka “langsir” yang ada di kebanyakan rumah. Dalam Kamus Dewan, perkataan "lansir" dieja "langsir", sama dengan ejaan "langsir" iaitu kain yang digantung di jendela atau pintu.
 
Lansir adalah gelonsor kereta api menuruni bukit atau kawasan lebih rendah tanpa perlu ditarik oleh kuasa enjen. Lansir ini dalam bahasa Inggeris adalah 'shunter'.

Operasi lansir melibatkan penyusunan dan pemindahan gerabak di kawasan stesen atau depoh bagi membentuk formasi kereta api yang betul atau memindahkan gerabak ke lokasi yang sesuai. 

Proses ini dilakukan dengan teliti menggunakan lokomotif khas, komunikasi yang berkesan, dan pematuhan prosedur keselamatan.
 
Had lansir adalah had yang mana jika ingin terus menggerakkan gerabak, perlu kepada kuasa daripada enjin untuk menggerakkannya. Had Lansir adalah tempat bermulanya Bahagian Block.
 
Pengiraan had lansir penting ketika petugas menyusun gerabak dengan cara mengerak gerabak kereta api antara landasan untuk disusun sambung.

No comments:

Post a Comment