Pesta Ponggal atau pesta menuai disambut
masyarakat India di seluruh dunia, termasuk di Malaysia. Perayaan ini disambut
pada permulaan bulan Thai dalam kalender Tamil. Kebiasannya ia akan jatuh pada
pertengahan bulan Januari. Ia dikatakan menandakan permulaan 'Uttarayana',
iaitu pergerakan matahari ke utara.
Sambutan Pesta Ponggal dikatakan berasal di
Selatan India, khususnya di Tamil Nadu.
Ia kemudian berkembang dan disambut di seluruh India tetapi menggunakan nama atau penggilan yang berlainan.
Di wilayah Utara India, ponggal dikenali
sebagai Bhogali Bihu, Lohri (Punjab), Bhogi (Andra Pradesh) dan Makar Sakranti
(Karnataka, bengal dan Biha). Apa-apapun, ia membawa maksud yang sama iaitu sebagai
tanda kesyukuran terhadap hidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki
dalam kehidupan seharian.
Ponggal merupakan perayaan kedua terbesar
selepas Deepavali yang didedikasikan kepada salah satu daripada lima Pancha
Bhoota (elemen fizik) menurut agama Hindu.
Lima Pancha Bhoota mengikut Sanskrit adalah
Prithvi (bumi), Apas (air), Agni (api), Vayu (udara) dan Akasha (langit).
Perayaan Ponggal secara tradisi ditasbihkan
kepada Dewa Surya (matahari), yang sinonim dengan elemen api, sebagai tanda
berterima kasih untuk hasil tuaian yang baik dan mengabadikan tuaian pertama
kepada Dewa Matahari.
Ponggal dalam bahasa Tamil bererti
'melimpah-ruah'. Susu yang melimpah apabila dipanaskan dalam periuk belanga
tanah liat melambangkan kekayaan, kebaikan dan kebahagian yang melimpah ruah.
Jika di India, pesta Ponggal disambut lebih meriah berbanding Deepavali.
Ponggal disambut selama empat hari bermula
dengan Bhogi, setiap hari mempunyai kepentingan dan amalannya sendiri. Hari
pertama sambutan adalah Ponggal rumah, hari kedua pula Ponggal untuk binatang
ternakan seperti lembu, iaitu bagi menyatakan terima terima kasih kepada haiwan
yang membantu petani dalam aktiviti pertanian serta berkongsi susunya dengan
manusia. Pada hari ini, lembu diberi rehat dan tidak perlu ke sawah.
Hari ketiga dipanggil sebagai Kaanum Ponggal atau Kanni Ponggal. Hari ketiga dikhaskan kepada gadis-gadis yang belum berkahwin.
Ponggal dimulakan dengan Bhogi, iaitu
sehari sebelum kedatangan bulan Thai. Bhogi membawa maksud cukup signifikan, ia
menandakan permulaan penting dalam kehidupan masyarakat India.
Seluruh rumah dibersihkan dan barang lusuh
dibuang atau dibakar, bagi menyingkir 'anasir-anasir negatif'. Ikoniknya
upacara itu melambangkan membuang pemikiran yang tidak baik dan memberi ruang
kepada yang positif.
Pintu rumah diikat dengan tebu, daun mangga
dan 'thooranam' yang dibuat menggunakan pelepah pokok kelapa. Tebu menandakan
kemanisan, daun mangga melambangkan kesejahteraan dan thooranam pula dianggap
membawa tuah dan sering dikaitkan dengan upacara suci.
Satu lagi aspek penting pada Ponggal adalah
kolam, dekorasi tradisional itu dilukis menggunakan tepung beras di hadapan
rumah. Lukisan ini selalunya dilakukan pada awal pagi dan hanya selepas mandi. Lazimnya
kolam dilukis menggunakan tepung beras, kerana kolam itu akan menjadi makan
kepada serangga seperti semut. Sebenarnya, sebulan sebelum ketibaan Ponggal,
iaitu sepanjang bulan Marghazli masyarakat India akan menghiasi rumah mereka
dengan lukisan kolam.
Ia kemudian berkembang dan disambut di seluruh India tetapi menggunakan nama atau penggilan yang berlainan.
Hari ketiga dipanggil sebagai Kaanum Ponggal atau Kanni Ponggal. Hari ketiga dikhaskan kepada gadis-gadis yang belum berkahwin.
Nama asal ponggal ialah nama sejenis makanan yang disebut sebagai nasi manis. Ponggal diperbuat menggunakan beras, susu, gula melaka, buah gajus, buah pelaga, kismis dan minyak sapi. Tempoh penyediaan ponggal adalah antara 30 dan 40 minit.
No comments:
Post a Comment