Pisang banyak nama atau varieti. Antara pisang
yang semakin banyak ditanam ialah pisang tanduk. Pisang tanduk sesuai untuk
digoreng, pengat dan kerepek.
Pisang tanduk ditanam dengan jarak 7 kaki x
7 kaki. Satu ekar dapat ditanam dengan 850 pokok pisang tanduk. Pisang tanduk
berbuah antara 10-12 bulan. Mudah untuk dikira anggaran masa ialah setahun.
Satu tandan pisang bergantung pada
penjagaan. Dapat antara 10 hingga 15 kilogram (kg). Kalau kurang penjagaannya
dapat 5 kg sahaja. Lojiklah.
Jadi, kalau hendak hasil yang lebih, kenalah buat penjagaan yang
sepatutnya. Penjagaan kena serius, baru hasilnya juga serius hebat. Jangan
amalkan 7T (tanam, tidak tengok-tengok, tinggal dan tunggu tuai.
Kalau ingin menjadi penanam berjaya, kena
ada perancangan dan pengetahuai mengenai anggaran pendapatan. Katakan tanah
satu ekar ada 850 pokok. Ambil puratan
sepokok menghasilkan 10 kg bermakna jumlahnya 8500 kg. Kalau harga borong
kepada pembekal RM5/kg, jumlah terkumpul ialah RM42,500. Katakan harga di pasaran
jatuh hanya RM3/kg, jumlahnya sudah RM25,500 dikira masih lumayan dengan pendapatan
kira-kira RM2000 sebulan.
Mamanglah itu tidak tolak lagi modal atau
kos baja dan beberapa perbelanjaan lain. Tetapi itu tetap masih lumayam. Tambah
lagi jika ditanam di kawasan lebih luas. Katakan sehingga lima ekar. Tentu
sekali pendapatan lumayan atau berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment