Monday, 4 March 2024

SEJARAH KEJATUHAN KHALIFAH UTHMANNIYAH

 
Tarikh 3 Ma 1924 menjadi detik hitam dalam sejarah umat islam. Pada tarikh tersebut menandakan umat Islam kehilangan empayar Khilafah Uthmaniyah. Sama ada kita sedar ataupun tidak, 3 MAC 1924 menjadi detik hitam dalam sejarah umat
 
Kehilangan ini bukan sahaja melibatkan kejatuhan empayar Uthmaniyah, tetapi satu perpecahan ke atas keruntuhan empayar Islam secara keseluruhannya. Islam yang mana suatu ketika dahulu pernah menaungi 2/3 dunia. Sudah diracik-racik umatnya.
 
Pada tanggal 31 Mac 1909, pihak Zionis melakukan satu konspirasi hebat di mana mereka telah mencetuskan pembunuhan berdarah di kota Istanbul, Turki. Rentetan daripada peristiwa tersebut, Sultan Abdul Hamid II telah dituduh sebagai dalang.
 
Media massa juga telah memainkan peranan penting memburukkan kerajaan Uthmaniah Turki terutama kecacatan peribadi Khilafah yang bergelumang dengan keseronokan. Di Turki, telah ditubuhkan “The Young Turks” pada tahun 1908 gerakan Yahudi ini digerakkan dengan bantuan Freemason.
 
Golongan ini sangat agresif untuk menggulingkan Sultan Abdul Hamid II. Akhirnya, beliau telah dilucutkan jawatan sebagai seorang khalifah, pemegang tampuk pemerintahan Turki pada ketika itu.
 
Orang-orang Yahudi telah menjadikan hari perlucutan sultan tersebut sebagai hari penting dalam sejarah mereka. Tidak lama selepas perlucutan jawatan tersebut, jelas lagi nyata hakikat sebenar yang dilakukan oleh musuh-musuh Islam.
 
Golongan Yahudi juga telah menduduki jawatan-jawatan penting dalam kerajaan Turki. Kemuncak perancangan mereka golongan Yahudi merancang untuk menghancurkan Khilafah Islam. Golongan Yahudi antarabangsa melalui gerakan Freemason yang menguasai media massa telah menonjolkan Mustafa Kamal.
 
Kemenangan di dalam beberapa siri peperangan yang diketuai oleh Atartuk telah dirancang rapi. Semasa pemerintahan Atartuk, dia telah mengusulkan kepada anggota Zionis Antarabangsa untuk melaksanakan projek pembubaran khalifah.
 
Di negara-negara Arab lain pula semangat Nasionalisme Arab telah ditiupkan dengan menganggap kerajaan Turki sebagai penjajah. Negara Barat berusaha meniupkan semangat negara bangsa kepada negara-negara Arab, melalui semangat Nasionalisme Arab inilah Turki mahu dipisahkan daripada saudara-saudara Islam lainnya di seluruh dunia.
 
Perancangan keji Yahudi ini akhirnya berjaya meruntuhkan khilafah secara rasmi pada 3 Mac 1924.
 
Mulai hari itu, maka bermulalah usaha Atartuk dalam melaksanakan misi pihak Yahudi. Seluruh dasar kerajaan telah dipisahkan daripada syariat Islam.
 
Kejatuhan Islam yang telah memayungi umat selama 600 tahun lebih ini akhirnya telah mewajahkan dunia Islam yang baru, kemunculan negara bangsa akibat pemetaan baru dunia Islam dengan arkitek utamanya ialah empayar Pax Britanica dan Peranchis.
 
Melalui dasar pecah dan perintah, seluruh negara umat Islam telah difaraidkan. Paling parah disumbat dengan doktrin faham sekularisme. Umat Islam dijajah. Semua sudut kehidupan umat dipastikan berkiblatkan ke hegemoni Barat.
 
Lalu rosaklah generasi mendatang bila semua kepala mendongak ke langit Barat. Segala corak hidup dan mati kita bernafsukan dunia yang disajikan mereka. Kita pula rakus. Langsung tidak mampu hidup tanpa mereka.
 
Lalu Islamnya hilang. Nilai agama dalam jiwa, raga dan diri anak-anak kita terhapus dengan sendiri. Tanpa paksaan, tanpa perlu berperang, tanpa pertumpahan darah dan hanya dengan hiburan, umat Islam lalai dan menjauhi Islam.

No comments:

Post a Comment