UMNO adalah sebuah parti yang mempunyai
kekuatan dan rangkaian sehingga ke peringkat akar umbi. Persidangan di
peringkat cawangan adalah bukti UMNO mempunyai struktur yang mantap melebar
sehingga ke 191 Bahagian dari Perlis hinggalah ke Sabah.
Besarlah harapan saya agar persidangan kali
ini dijadikan wadah untuk menyuntik nilai kebersamaan dan menjunjung prinsip
kesetiaan terhadap perjuangan.
Ambillah ruang dan peluang untuk berbincang
mengenai apa juga isu-isu dengan penuh rasional dan berhikmah. Santunilah ahli
dan dekatilah para pengundi agar mereka yakin bahawa agenda UMNO hanyalah untuk
memastikan kestabilan politik negara dan menjamin kebajikan serta kesejahteraan
rakyat keseluruhannya.
Hakikatnya, cawangan yang aktif adalah nadi
yang akan meneruskan denyutan perjuangan UMNO di bahagian dan di peringkat
kebangsaan. Persidangan inilah platform menggarap strategi dan rancangan agar
UMNO bersama kita perkuatkan.
Semoga Allah SWT memberkati dan
mempermudahkan segala urusan dalam melunaskan perjuangan demi memenuhi tuntutan
agama, bangsa dan tanah air yang kita sama cintai ini.
Kepada semua perwakilan cawangan, Wanita,
Pemuda dan Puteri. Selamat bersidang! Inilah masanya untuk memperkukuh
perpaduan, memperkasa kesatuan…
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
Presiden UMNO
Presiden UMNO
No comments:
Post a Comment