Wednesday 22 May 2024

KEDAI POKOK KEKUT DALAM KENANGAN

 
Hampir 35 tahun beroperasi, akhirnya kedai makan atau lebih dikenali kedai pati yang terletak di Bandar Baru Tunjung terpaksa menghentikan khidmatnya kepada pelanggan. Kedai yang berada di tepi Jalan Kota Bharu-Kuala Krai itu terpaksa dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek tebatan banjir apabila sungai atau lebih dikenali tali air yang berada di sebalah kedai pati itu akan diluaskan dan didalamkan untuk melajukan aliran dan mengelak berlaku limpahan air di kawasan berkenaan.
 
Sepanjang beroperasi, kedai pati itu dienali dengan pelbagai nama seperti Kedai Parit Tali Air, Kedai Kak Dah, Kedai Tali Air, Kedai Pokok Krie, Kedai Mat Nor, Kedai Pokok Kekut, Kedai Pokok Cherry, Kedai Sup Telur Dinosour dan macam-macam nama mengikut selera pelanggan.
 
Apapun namanya sebelum ini, kedai pati ini hanya menjadi kenangan selepas ini.
 
Kredit – Kirana Anilza

No comments:

Post a Comment