Thursday, 4 July 2024

RAKYAT BIJAK MATEMATIK, TIDAK BOLEH DIPERBODOHKAN

 
Hasil pendidikan matematik dan cara berfikir yang diterapkan di sekolah, kebanyakan rakyat Malaysia dilihat sudah berada pada tahap celik matematik, mampu mengira dan membuat analisa berkaitan dengan angka.
 
Banyak persoalan, isu atau aktiviti yang melibatkan angka, mudah untuk diselesaikan sama ada ia betul atau salah. Ia hanya matematik mudah yang boleh diselesaikan oleh budak sekolah rendah.
 
Jadi, kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadikan matematik sebagai hujah atau bukti, fikir-fikirkan bahawa apa yang diperkatakan itu akan segera disanggah oleh orang lain dengan mudah berdasarkan kepada penyelesaian matematik.  
 
Ini ada satu kaedah pengiraan matematik yang digunakan untuk membuktikan sama ada betul atau tidak tentang seorang ahli politik yang berlari sejauh 200 kilometer.
 
Ini satu contoh yang salin daripada FB.
 
Aku percaya Ali (bukan nama sebenar) tamatkan larian 200 kilometer (km) dalam masa 3 hari kalau dia berlari dengan kelajuan 6.61 km/jam selama 10 jam tanpa henti setiap hari.
Kerana berlari solo tanpa henti 10 jam sehari pada kelajuan 6.61 km/jam menyebabkan dia tidak sempat hendak selfie gambar atau video.
 
Kalau dia berlari dengan kelajuan 10 km/jam, dia cuma perlu berlari 6 jam setengah sahaja  sehari.
 
Kalau dia nak style jogging dia cuma perlu berlari dengan kelajuan 2.78 km/jam selama 72 jam tanpa berhenti untuk makan, tidur, rehat, berak, kencing. Masa 72 jam itu 3 hari 3 malamlah.
 
Korang tak percaya korang punya pasal. Aku percaya...percaya dia temberang.

No comments:

Post a Comment