Sunday 21 July 2024

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN TANAH MERAH 2024

 
UMNO Bahagian Tanah Merah telah melaksanakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tanah Merah bagi tahun 2024 pada 19 Julai 2024 yang telah dirasmikan Datuk Haji Ahmad Jazlan Bin Yaakub, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan.

Turut hadir bersama sama adalah Ketua UMNO Bahagian-Bahagian, wakil-wakil perhubungan, ketua jabatan dan agensi daerah Tanah Merah.

Paluan beduk yang dipukul oleh Jazlan sebagai gimik perasmian itu adalah sebagai simbolik kepada seruan untuk semua ahli ahli UMNO Tanah Merah bersedia di dalam saf perjuangan.

Lebih bermakna, kehadiran ramai perwakilan perwakilan dari seluruh cawangan UMNO Bahagian Tanah Merah memenuhi dewan setelah 5 tahun bahagian ini tidak boleh melaksanakan mesyuarat perwakilan.

Semoga mesyuarat perwakilan itu menjadi wadah untuk semua ahli ahli parti keramat UMNO di Tanah Merah bersatu padu, bulatkan tekad dan berjuang demi agama, bangsa dan tanah air. 

No comments:

Post a Comment