Stesen Bertam Baru, Gua Musang terletak tidak jauh dari tebing Sungai Nenggiri yang memisahkan Kampung Bertam Lama dengan Kampung Bertam Baru. Stesen Bertam Baru kini menjadi stesen tunggal di kawasan tersebut apabila Stesen Bertam Lama telah dihentikan operasi yang terletak hanya kira-kira satu kilometer (km) antara satu sama lain.
Di Stesen Bertam Baru, kemudahan yang disediakan amat baik. Platform yang luas dan selesa dengan bangunan tempat menunggu yang luas untuk menampung penumpang yang banyak.
Pengangkutan rel atau kereta api menjadi
nadi pembangunan di kawasan jajahan Gua Musang sebelum wujudnya jaringan jalan
raya. Pun begitu, biarpun sudah ada kemudahan jalan raya, penggunaan
perkhidmatan kereta api di kawasan Kelantan selatan itu masih mendapat
sambutan.
Bagi penduduk di kawasan pedalaman, perkhidmatan
kereta api masih menjadi mod pengangkutan yang penting. Di jajahan Gua Musang,
antara stesen kereta api yang hentian perkhidmatan ialah Stesen Kereta Api
Bertam Baru yang terletak di Kampung Bertam Baru.
No comments:
Post a Comment