Pada masa dahulu, sekitar tiga empat puluh lalu,
kanak-kanak selalu ditakutkan oleh ibu bapa masing-masing dan orang dewasa
tentang ada hantu di kawasan perkuburan. Waktu itu, kebanyakan tanah perkuburan
terletak agak jauh dari kawasan rumah dan dalam keadaan semak samun.
Kalau kena melalui kawasan tanah perkuburan
memang menyeramkan, tambah-tambah lagi selalu ditakut-takutkan tentang adanya
hantu.
Sekarang ini, kawasan perkuburan kini hanya
dipisahkan dengan pagar dawai atau tembok dengan rumah. Biarpun ada pagar
tembok, kalau rumah dua tingkat, memang akan nampak terus batu nisan berpacakan
ketika berada di tingkat atas.
Kebanyakan kawasan perkuburan kini bersih
tanpa semak samun. Rumpat tidak sampai sejengkal tingginya. Selalu sahaja ada
gotong-royang membersihkan kawasan perkuburan, ataupun ada petugas yang
melakukan kerja pembersihan secara berkala.
Kanak-kanak pula tidak lagi
ditakut-takutkan tentang hantu. Malah, ibu bapa menceritakan tentang di kuburlah
setiap orang akan tinggal selepas mati. Jadi, mereka tahu di situlah tempat
tinggal mereka nanti. Tiada lagi kisah hantu dan ketakutan di kawasan kubur. Malah
ada kanak-kanak akan hadir sendirian di kubur ibu, bapa atau nenek untuk
melepaskan rindu kepada orang tersayang.
No comments:
Post a Comment