Jenis kenderaan tidak memberi maksud status
orang itu miskin atau kaya. Ada orang kaya yang naik motorsikal pergi kerja dan
naik Kancil pergi hantar anak-anak ke sekolah. Mereka ada banyak harta dan
tidak perlu berhutang untuk memenuhi keperluan hidup. Kehidupan seharian dilalui
dengan tenang dan ceria.
Ada orang yang naik kereta mahal atau mewah
tapi tidak ada duit simpanan kerana setiap bulan tertekan duit belanja tidak
cukup dan sebagainya. Biarpun nampak mewah, tetapi hakikatnya hati dan perasaan
sering berada dalam keadaan rungsing. Jika ada riak wajah kegembiraan, itu
hanya satu lakonan dan kepura-puraan semata-mata.
No comments:
Post a Comment