Sunday, 24 November 2024

IKAN TONGKOL HITAM LEBIH SEDAP

 
Ikan tongkol hitam lebih sedap. Ikan tongkol memang terkenal sebagai ikan sederhana besar. Ikan tongkol dikenali sebagai ikan aya atau ikan ayo di Kelantan. Nama lain ikan tongkol ialah tongkol kerai, ikan kayu dan cakalang mengikut nama setempat.
 
Di Kelantan, ikan tongkol menjadi pilihan sebagai lauk untuk nasi berlauk dan nasi dagang. Ia juga turut menjadi pilihan untuk gulai ikan kari dan singgang. Jika tidak ada ikan tongkol dikira tidak sah untuk hidangan nasi berlauk dan nasi dagang.  
 
Ikan tongkol sebenarnya ada dua jenis. Pertamanya ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Kedua-duanya nampak hampir sama, kecuali pada beberapa ciri.
 
Ciri-ciri ikan tongkol hitam:
- Kulitnya lebih gelap daripada ikan tongkol putih.
- Sirip ikan tongkol hitam lebih panjang.
- Pada badan ikan tongkol hitam, tiada jalur, hanya bintik-bintik hitam halus.
- Isi ikan tongkol hitam lebih lembut dan sedap.
- Biasanya, ikan tongkol hitam lebih mahal daripada ikan tongkol putih.
 
Memandangkan ikan tongkol hitam memiliki sirip lebih panjang, maka ikan itu juga  dipanggil sebagai mambu sayap atau mamu sayap.
 
Ikan tongkol hitam bukan sahaja enak rasanya, tetapi juga mengandungi pelbagai nutrien penting seperti omega-3, zat besi, vitamin B, dan protein tinggi. Ia juga rendah kalori dan baik untuk kesihatan jantung.
 
Ikan tongkol hitam juga tidak menyebabkan gatal berbanding ikan tongkok putih yang boleh menyebabkan gatal badan dan hidung bagi sesetengah orang. 
 

No comments:

Post a Comment