Ikan tongkol atau di Kelantan lebih
dikenali dengan nama ikan aya, Di utara pula ia dipanggil ikan mamu, Ada juga
memanggilnya ikan mambu. Nama lain ialah ikan tongkol kerai, ikan
kayu dan ikan cakalang
Apapun namanya, ikan tongkol ada dua jenis, iaitu ikan tongkol hitam dan ikan tongkol putih. Kedua-duanya nampak sama, tetapi dapat dibezakan dengan beberapa ciri.
Ciri-ciri ikan tongkol putih:
- Warna kulit ikan tongkol putih lebih cerah.
- Panjang sirip ikan tongkol putih agak pendek.
- Jalur di badan: Pada badan ikan tongkol putih, terdapat jalur yang jelas.
- Rasa isi ikan tongkol putih lebih liat dan keras berbanding ikan tongkol hitam.
- Harga ikan tongkol putih biasanya lebih murah.
Ciri-ciri ikan tongkol hitam:
- Kulitnya lebih gelap daripada ikan tongkol putih.
- Sirip ikan tongkol hitam lebih panjang.
- Pada badan ikan tongkol hitam, tiada jalur, hanya bintik-bintik hitam halus.
- Isi ikan tongkol hitam lebih lembut dan sedap.
- Biasanya, ikan tongkol hitam lebih mahal daripada ikan tongkol putih.
Bagi kebanyakan orang tua-tua, mereka mengenal pasti ikan tongkol hitam atau putih hanya dengan melihat panjang siripnya. Sirip panjang ikan tongkol hitam dan sirip pendek ikan tongkol putih.
Sebenarnya ikan tongkol ini salah satu spesis ikan tuna. Ikan tuna memang ada banyak sangat spesis. Ada yang mahal harganya dan ada yang murah. Macam ikan tongkol ini kategori tuna murah.
Satu kekurangan utama ikan tongkol putih ialah boleh menyebabkan rasa gatal bahagian badan, muka, mata dan hidung bagi sesetengah individu. Keadaan itu boleh dikira macam alahan seperti dialami sesetengah individu apabila makan makanan laut seperti udang, sotong dan ketam.
Ada petua atau kaedah untuk menghilangkan rasa bisa yang menyebabkan gatal itu dengan mematahkan bahagian ekor, kemudian dipulas dan ditarik keluar bahagian yang dikatakan ada bisa itu.
Satu lagi cara untuk mengurangkan kemungkinan terkena rasa gatal ialah mengelak membeli ikan tongkol putih yang diimport. Ikan tongkol putih import dalam keadaan sejuk beku dikatakan kadar menyebabkan gatal adalah lebih tinggi berbanding ikan tongkol putih tempatan yang dalam keadaan segar.

No comments:
Post a Comment