Kepala kereta api (lokomotif) wap adalah lokomotif yang
digerakkan menggunakan kuasa wap. Lokomotif
wap merupakan generasi terawal kereta api. Jika melihat lokomotif wap
berdasarkan filem atau gambar lama, identiti atau pengenalan lokomotif wap ialah
adanya serombong asap.
Asap terhasil melalui aktiviti pembakaran untuk menghasilkan
api untuk memanaskan air bagi menghasilkan wap. Bahan bakarnya sama ada arang
batu, kayu atau minyak. Pun begitu, penggunaan arang batu kemudiannya menjadi
dominan. Penghasilan wap akan disalurkan ke bahagian selinder piston dan
seterusnya menggerakkan tayar-tayar melalui rod gandingan (coupling rod).
Lokomotif wap mula diperkenalkan pada tahun 1804 oleh
Richard Trevithick dan Andrew Vivian di England. Ia hasil inovasi jurutera
sebelum itu yang telah berjaya menghasilkan mesin wap pada awal abad 1700.
Lokomotif tersebut beroperasi di Wales di jalur trem
"Penydarren" (Merthyr Tydfil), yang hampir dengan ukuran rel. Dalam
tempoh berikutnya, lokomotif silinder kembar oleh Matthew Murray dibina pada
tahun 1812 untuk pengendali Kereta Api Vagonyolu Middleton.
Kejayaan operasi lokomotif wap di Britain membawa kepada perkembangan
penciptaan yang sama di Amerika Syarikat. Lokomotif wap pertama beroperasi di
Amerika Syarikat adalah milik Baltimore-Ohio pada tahun 1829 yang dilancarkan
sempena pembukaan landasan kereta api South Carolina. Best Friend of
Charleston adalah lokomotif pertama yang berjaya beroperasi di Amerika
Syarikat.
No comments:
Post a Comment