Kepala kereta api (lokomotif) Kelas 22 telah ditamatkan
perkhidmatan pada tahun 2010 berikutan faktor usia dan kemampuannya yang terhad.
Lokomotif Kelas 22 digantikan secara berperingkat dengan kemunculan lokomotif
Kelas 26 dan Kelas 29 yang lebih moden.
Beberapa unit yang tidak dilupuskan melalui proses penghapusan (pelupusan besi
buruk) dijual kepada pihak ketiga atau disumbangkan kepada pihak berkuasa
tempatan di seluruh negara untuk dijadikan tarikan pameran terbuka antaranya di
Muzium Keretapi Gemas, Muzium Taiping, Muzium Negara Kuala Lumpur, Muzium
Keretapi Johor Bahru dan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan.
Lokomotif Kelas 22 di Muzium Sultan Abu Bakar bukan sahaja
dijadikan bahan pameran, tetapi juga dimanfaatkan sebagai restoran, kerana
turut dibawa ke situ ialah tiga gerabak penumpang.
Keadaan atau pemandangan lokomotif dan gerabak itu
seolah-olah berada di stesen kereta api kerana turut dilengkapi dengan landasan
dan juga platform.
Pekan, Bandar Di Raja, terkenal sebagai pusat pentadbiran
Sultan Pahang. Nama Pekan mungkin dari bunga putih di tepi sungai atau merujuk
kepada tempat berjual beli di tebing Sungai Pahang. Dahulunya juga menjadi ibu
negeri Pahang dari 1889 hingga 1898.
Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, Pahang, merupakan institusi muzium dengan koleksi sejarah yang kaya. Terletak di Jalan Sultan Ahmad, muzium ini memaparkan artefak antik, termasuk barangan Cina kuno dari kaca dan tembikar, serta objek berkaitan dengan sejarah semula jadi, arkeologi, etnologi, dan raja-raja.
Bangunan asalnya ialah kediaman Residen British pertama di Pahang, bersejarah sejak 1880-an. Bangunan ini telah mengalami berbagai peranan, termasuk sebagai ibu pejabat Tentera Jepun semasa pendudukan Jepun, dan selepas itu, sebagai Istana Rasmi al-Marhum Sultan Abu Bakar.
Kredit pemilik gambar asal
No comments:
Post a Comment