Thursday, 29 May 2025

BANTU DIRI UNTUK MEMBANTU RAKAN LAIN

 
Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) merupakan pegawai yang dilantik bagi menjalankan peranan yang digariskan dalam program pengupayaan kendiri,
 
Rakan sekerja merupakan individu yang boleh mempengaruhi produktiviti dan daya saing seseorang pekerja. Rakan yang baik akan memberi impak positif kepada perkembangan kognitif, emosi dan tingkah laku seseorang.

Pada tahun 2005, rakan pembimbing ini telah dijenamakan sebagai AKRAM yang merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Mulia. Pada tahun 2008, AKRAM telah dijenamakan semula sebagai AKRAB yang mana elemen Mulia telah digantikan dengan Bestari.

AKRAB berkonsepkan rakan membantu rakan dengan memupuk semangat berpasukan, keakraban dan membangunkan potensi yang ada pada diri masing-masing. Ia juga merupakan kelompok sokongan yang menekankan perhubungan bersifat humanistik. 

Kemantapan sesuatu kelompok seperti AKRAB banyak bergantung kepada komitmen dan sumbangan kepakaran daripada ahli-ahlinya.

Justeru itu, pembentukan AKRAB di dalam organisasi diharap mampu membentuk kelompok pekerja yang mempunyai komitmen dan rasa sayang yang tinggi terhadap organisasi.
 
AKRAB berpegang kepada falsafah, "bantu diri untuk membantu rakan lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri daripada segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai kepada diri.
 
Ahli AKRAB berperanan menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Peranan lain ialah memberi sokongan kepada perubahan yang lebih, serta memperkuatkan semangat rakan yang ingin berubah. Ia juga sumber kepada rakan untuk berkongsi permasalahan.

No comments:

Post a Comment