Laluan Rel Pantai Timur (ECRL - East Coast Rail Link)
apabila beroperasi nanti akan menumpukan kepada segmen kargo dengan kadar 70
peratus dan hanya 30 peratus penumpang. Segmen kargo dijangkakan menjadi
pendapatan utama ECRL.
Kos operasi ECRL dikongsi oleh kerajaan Malaysia di bawah Malaysia
Rail Link Sdn Bhd (MRL) dan China Communications Construction Company Ltd
(CCCC) secara 50:50. Ironinya, MRL akan mendapat 80 peratus jika terdapat
keuntungan terutamanya daripada penghantaran kargo.
Segmen muatan kargo akan muncul sebagai sektor yang lebih
menguntungkan berbanding aliran penumpang berikutan kelebihan laluan darat
memacu transaksi penghantaran serta memendekkan tempoh perjalanan secara ketara
di antara Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan.
ECRL itu menyediakan jambatan darat yang menghubungkan
Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Kuantan dan memendekkan tempoh perjalanan antara
kedua-dua pelabuhan itu kira-kira 30 jam.
Berikutan itu, ECRL menyediakan alternatif penghantaran atau
pemindahan barangan yang lebih pantas di antara kedua-dua pelabuhan itu
berbanding laluan laut yang memakan masa lebih lama.
No comments:
Post a Comment