Pakar persepsi merujuk kepada seseorang yang sangat
mahir dalam memahami dan mentafsir dunia di sekeliling mereka, terutamanya
melalui deria dan gerak hati mereka.
Ini menunjukkan kesedaran dan keupayaan yang mendalam untuk
memahami isyarat, corak dan makna halus yang mungkin terlepas oleh orang lain. Mereka
mempunyai kepakaran memproses dan mentafsir maklumat dari persekitaran mereka.
Penguasaan ini meluas kepada pemahaman bukan sahaja
persekitaran fizikal, tetapi juga tingkah laku, emosi, dan motivasi manusia.
Secara umum, seorang pakar persepsi adalah seseorang yang
memahami proses persepsi dan boleh menggunakan pengetahuan ini untuk tujuan
tertentu. Mereka mampu menterjemah kesan emosi dan tingkah laku orang lain
terhadap sesuatu keadaan, maklumat dan andaian berkaitan sesuatu kejadian.
Dengan kata lain, pakar persepsi amat peka dengan setiap
tanda, perubahan dan tindak balas persekitaran berkaitan sesuatu perkara.
Setiap penelitian dan uji kaji yang dilakukan akan membawa kepada rumusan
"tepat" biarpun tidak benar semuanya.
Berdasarkan kepada dapatan itu, pakar persepsi akan membawa
pula kepada permainan persepsi. Melalui cara itu, pakar persepsi akan membuat
pula persepsi lain yang berlapis-lapis yang membawa kepada keputusan terhadap
sesuatu penilaian yang dibuat.
Memang tidak dinafikan, dalam apa keadaan sekalipun, tidak
ada yang sempurna dan tepat 100 peratus. Pakar persepsi juga kecundang dalam
permainan persepsi, tetapi mereka mampu bangkit untuk membuat persepsi lain
dalam permainan persepsi seterusnya.
Begitulah hebatnya pakar persepsi mencipta permainan
persepsi yang tidak pernah kalah biarpun kerap kali tidak menang.
Gambar sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment