Putera Arab Saudi, Al‑Waleed bin Khaled bin Talal digelar
“Putera Tidur" (Sleeping Prince) akhirnya menghembuskan nafas terakhir pada usia 36 tahun,
setelah hampir dua dekad koma akibat kemalangan jalan raya ketika masih remaja
di London.
Akibat
dari kemalangan itu, Putera Al-Waleed mengalami pendarahan otak dan pendarahan
dalaman. Putera Al-Waleed ketika kemalangan berlaku berusia 15 tahun dan berada
di London kerana mengikuti kursus ketenteraan di salah sebuah kolej di situ.
Sejak insiden itu pada tahun 2005, baginda terlantar tanpa
sedar, bergantung sepenuhnya kepada mesin bantuan hayat.
Namun ayahandanya, Putera Khaled, tetap setia menjaga dan
menolak untuk ‘melepaskan’ percaya akan harapan dan keajaiban.
Setiap gerakan kecil, setiap jari yang menggenggam perlahan
menjadi doa yang disambut jutaan hati. Tapi segalanya bukan dalam kuasa kita.
Hidup ini bukan tentang berapa lama kita bertahan, tapi
bagaimana cinta dan kesetiaan menjadikan waktu yang terhenti itu tetap
bermakna.
No comments:
Post a Comment