Wednesday, 1 April 2026

NAIK TARAF BAZAR SITI AISYAH

 
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM28 juta kepada agensi pelaksana Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi menaik taraf Bazar Siti Aisyah.

Pelaksanaan projek naik taraf itu mengambil masa 36 bulan dan dijangkakan siap pada Disember 2028.

Objektif projek ialah menaik taraf bangunan dan infrastruktur sedia ada untuk menjadikannya lebih selesa kepada peniaga serta pengunjung, selain menggalakkan pemerkasaan usahawan Bumiputera, terutamanya batik dan kraf tangan.

Antara skop pembangunan projek ini ialah pembesaran unit kedai, cadangan ruang dewan, baik pulih infrastruktur elektrik, sistem longkang, tangki septik dan penambahan parkir.

Bazar berusia 41 tahun dahulunya dikenali Bazar Buluh Kubu terkenal dengan penjualan barangan kraf tangan, kain tempatan seperti songket dan batik, hasil tangan tembaga, ukiran kayu serta juadah tradisional.

Bangunan tersebut dibina pada era pemerintahan Barisan Nasional (BN) sebagai kawasan pembangunan bandar yang turut melibatkan pembinaan Pasar Buluh Kubu (kini dikenali Pasar Siti Khadijah) bangunan kedai di bahagian utara Pasar Buluh Kubur dan Flat Buluh Kubu.

No comments:

Post a Comment