UMNO Cawangan Taman Tanjung Mas kembali aktif setelah
beberapa tahun gagal melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan disebabkan beberapa
halangan teknikal.
Mesyuarat Agung Tahunan 2026 dapat dilaksanakan dan pemilihan
ahli jawatankuasa baharu berjaya diadakan.
Ia satu kebangkitan bagi cawangan tersebut yang dahulunya
cukup aktif di dalam Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tanjung Mas dan kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Tanjung Mas dalam parlimen Kota Bharu, Kelantan.
Ahli semakin bertambah dan dipimpin mereka yang baharu,
tetapi berpengalaman. Pemimpin dan ahli lama masih setia memberi sokongan dan
berikrar akan membantu menguatkan cawangan.
Pada tahun ini hanya ada sayat Wanita. Insya-Allah tahun
2027 nanti akan lahir sayap Pemuda dan Puteri.



No comments:
Post a Comment