Jangan tanya penjual tentang kualiti dan rasa isi durian yang
dijualnya. Penjual sebenarnya tidak tahu tentang isi yang tidak nampak dilihat.
Biarpun penjual ada pengalaman dan pengetahuan tentang durian, hakikatnya dia
sebenarnya tidak pasti keadaan isi durian yang dijual itu.
Tambah lagi jika durian yang dijual itu diambil dari
pemborong yang mencampurkan pelbagai klon durian dari dusun atau tempat yang
berbeza. Dia tidak sempat hendak periksa setiap klon untuk menentukan
kualitinya.
Jadi, kalau rasa berkenan dengan rupa di luar dan harga yang
ditawarkan, terus beli sahaja.
Bukan apa, tidak mahu penjual durian itu dapat dosa apabila
apa yang dikata mengenai isi durian itu tidak tepat. Itu sudah dikira bohong
atau menipu. Perbuatan dosa dan hasil pendapatan tidak halal.
Dalam urusan jual beli durian ini kena jujur. Penjual tidak
perlulah buat kenyataan mengenai durian yang dijual ini macamla dia tahu
sepenuhnya dan pasti apa yang dikatakan.
Kepada pembeli yang tidak yakin dengan kualiti durian yang
ingin dibeli, tidak perlu beli. Atau boleh sahaja minta dibelah atau dikopek di
situ juga. Boleh bincang dengan penjual, bayar jika isinya elok atau minta
dikurangkan harga jika tidak memuaskan atau tidak dibuat pembayaran.

No comments:
Post a Comment