Analisa statistik kenak tepat. Orang politik sering membuat
kenyataan berkaitan angka tidak tepat. Apabila hendak membandingkan sesuatu
angka, penggunaan kaedah kena betul, selain tepat.
Contohnya, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 pada
2026, PAS bertanding di 11 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan kalah semua.
PAS kalah di semua DUN yang ditandingi dan hilang wang deposit.
Kalau hendak mengira peratusan prestasi PAS berdasarkan jumlah
DUN yang kalah, maka ia perlu berdasarkan kepada jumlah DUN yang ditandingi,
iaitu 11 dan bukannya dengan angka 56 iaitu jumlah keseluruhan DUN Johor.
Jadi, peratusan prestasi PAS di Johor sebenarnya kosong peratus
jika ingin dikira berdasarkan jumlah kemenangan. Dan, jika berdasarkan jumlah
kekalahan adalah 100 peratus kalah.
Analisa statistik yang dibuat oleh pemimpin PAS seperti di
gambar adalah berdasarkan jumlah yang kalah berbanding jumlah
keseluruhan DUN, iaitu 56.
Maka, peratusan PAS kalah dianggap anggap hanya 19.6
peratus, sedangkan hakikatnya PAS sebenarnya kalah 100 peratus. Kalah
sepenuhnya.
Kesilapan yang dilakukan bukan sekadar cara pengiraan,
tetapi juga angka. Jumlah PH kalah bukannya 49, tetapi sebenarnya 48. Barisan
Nasional (BN) menang di 48 kerusi DUN dalam PRN Johor 2026.

No comments:
Post a Comment