Friday, 24 July 2026

ELAK TERPALIT PEMIKIRAN TOKSIK

 
Elak terpalit pemikiran toksik. Bila kita berada dalam kelompok manusia yang suka membicarakan hal dan aib orang, perlahan-lahan berundur agar tidak terpalit pemikiran toksik.

Namun, jangan terperangkap dengan pemikiran menganggap diri sendiri sahaja bersih dan baik sehingga dilihat orang lain sebagai toksik.

Sebenarnya, pemikiran itu juga adalah toksik, iaitu tidak boleh menerima keberadaan orang lain di sekeliling yang dianggap tidak sama taraf. Orang yang pemikiran yang berbeza dengan dirinya terus dianggap toksik dan dipulau.

Hakikatnya, jika benar orang lain itu toksik, berusahalah untuk mengambil pengajaran agar tidak sama terlibat toksik. Sedangkan, pada ruang masa dan peluang, bimbing dan perbetulkan apa yang dianggap toksik itu.

Saling menasihati dengan kesabaran ialah asas penting untuk mengelakkan kerugian diri, yang berpandukan ajaran Surah al-'Asr, merangkumi kebenaran, hikmah, dan adab yang baik.

Gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment