Sunday, 6 September 2026

IKAN BUNTAL AIR TAWAR

 
Ikan buntal air tawar. Banyak orang tahu kewujudan ikan buntal air masin atau laut. Tahukah anda sebenarnya terdapat ikan buntal air tawar. Spesies ini bukan penyesuaian ikan buntal air masin yang memerlukan hidup di air payau atau berhampiran muara sungai.

Spesies ikan buntal air tawar memang hidup sepenuhnya di air tawar dan boleh ditemui sampai ke hulu sungai.

Ikan buntal air tawar (keluarga Tetraodontidae) yang hidup di sungai atau tasik air tawar dan mempunyai kebolehan meniupkan badan menjadi bentuk bola sebagai pertahanan diri seperti mana ikan buntal air masin.

Pao palembangensis satu daripada spesies ikan buntal air tawar yang sama rupa seperti ikan buntal air masin. Kitaran hidupnya selama 10 hingga 15 tahun.

Ada sumber yang menyebut, nama khusus itu adalah gabungan perkataan Palembang iaitu ibu kota wilayah Sumatera Selatan, Indonesia dan ensis dari bahasa Latin bermaksud “berasal dari”, yang merujuk lokasi ikan buntal itu ditemui.

Pao palembangensis boleh membesar sehingga 19.4 sentimeter  dengan kedua-dua jantina mempunyai saiz badan yang serupa  kecuali yang jantan mempunyai bonggol belakang yang lebih besar.

Sebelumnya, nama asalnya ialah Tetraodon palembangensis yang telah diubah sebagai Pao palembangensis pada 2013 bagi membezakan spesies air tawar dan air masin. Ikan buntal yang hidup dalam air masin dikenali dengan nama Tetraodon nigroviridis atau nama lainnya ialah  ikan buntal gigi kupang. 

Sekurang-kurangnya terdapat lebih daripada 25 jenis atau spesies ikan buntal air tawar. Ikan buntal air tawar hidup di sungai yang airnya beralkali bersuhu antara  24-28 Celsius dengan aliran arus yang perlahan.  

Dalam berbagai spesies ikan buntal tersebut, sifatnya juga berbeza-beza. Disebabkan habitatnya lebih aktif pada waktu malam, ia menjadi agresif dan menyerang hidupan akuatik yang sedang tidur.

Terdapat spesies ikan buntal yang mengandungi toksin neurotoksin tetrodotoxin (TTx)  di badannya. Ikan buntal boleh mengembangkan badannya sehingga  tiga kali ganda saiznya yang sebenar. Bila terancam oleh pemangsa, ia mengembangkan badannya untuk mempertahankan diri. 

Ikan buntal ialah haiwan pemakan daging atau karnivor. Sebagai haiwan yang memakan daging, ikan buntal mempunyai banyak gigi yang tajam. Kegemarannya ialah memakan hidupan bercangkerang  atau krustasea kecil seperti siput, kerang atau ketam kecil. Malah, ikan buntal memakan spesiesnya sendiri dan hidupan akuatik lain.

Kredit gambar - Jejak Air Tawar

No comments:

Post a Comment