Wednesday, 9 September 2026

HELIKOPTER MBB BO 105

 
Helikopter MBB BO 105. Helikopter ini buatan Jerman. Kali pertama dibuat pada tahun 1967. Sebanyak 1600 unit dikeluarkan sehingga tahun 2001 atau dalam tempoh 34 tahun, yakni purata 47 buah setahun. Kira pengeluaran yang agak banyak.

Tahun 2001 adalah tahun terakhir pengeluaran helikopter model ini. Selepas itu dihentikan sepenuhnya.

Di Malaysia, helikopter ini digunakan dalam menyediakan perkhidmatan doktor udara di Sarawak. Ada 97 lokasi di pedalaman di Sarawak yang disenaraikan mendapat perkhidmatan doktor udara. Setiap lokasi pasukan perubatan pergi sebulan sekali atau selewatnya 3 bulan sekali.

Bermakna, helikopter yang digunakan kumpulan perkhidmatan doktor udara sangat aktif diterbangkan. Ia sangat berjasa kepada penduduk Sarawak dan tentunya kelibatnya di udara dikenali penduduk yang menanti kehadirannya.

No comments:

Post a Comment