Perkembangan politik dan kedudukan bangsa Melayu
dan agama Islam masa kini boleh dianggap berada di ambang bahaya. Pergolakan
politik Melayu memberi kesan besar kepada kedudukan Melayu dan Islam. Sekiranya keadaan ini tidak dibaiki, identiti
bangsa boleh hilang dan Islam di Malaysia tergugat.
UMNO pada asalnya hanya untuk Melayu kini
keahliannya terbuka kepada bumiputra Sabah. Namun, UMNO secara konsisten terus memperjuangkan Melayu dan Islam.
Pas ditubuhkan atas dasar memperjuangkan Islam dan secara tegas menolak fahaman kebangsaan dan bangsa. Manakala PKR, biarpun diterajui pemimpin Melayu dan Islam, tidak jelas perjuangannya, melainkan cenderung untuk kepentingan individu tertentu saja.

Ternyata, satu-satunya parti yang memperjuangan
kedua-dua iaitu Melayu dan Islam adalah UMNO. UMNO mampu memperjuangkan hak
Melayu dan kedudukan Islam sejak negara mencapai kemerdekaan hingga kini, tanpa
menindas mana-mana kaum dan agama.
Tindakan dimainkan UMNO bertepatan dengan Perkara
153 Perlembagaan Persekutuan meletakkan tanggungjawab kepada Yang Dipertuan
Agong memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera, tetapi
pada masa sama turut menjaga kepentingan sah kaum-kaum lain.
Manakala Perkara 3 pula meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
Manakala Perkara 3 pula meletakkan agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai.
UMNO tidak
semata-mata menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sejarah terbukti ketika UMNO menjadi tampuk pemerintahan negara. Seluruh rakyat dilayan sama adil
sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.
Malah semangat melayan rakyat secara adil
diterjemahkan oleh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Gagasan
1Malaysia yang memayungi seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan agama.
Maka tidak sepatutnya rakyat sangsi dengan keikhlasan pemimpin UMNO memimpin seluruh rakyat dengan adil dan saksama sepertimana tuntutan Islam.
Maka tidak sepatutnya rakyat sangsi dengan keikhlasan pemimpin UMNO memimpin seluruh rakyat dengan adil dan saksama sepertimana tuntutan Islam.
Islam tidak membezakan rakyat berdasarkan kepada
agama dan bangsa. Seluruh rakyat
mendapat hak masing-masing. Sebab itu,
rakyat pula perlu menumpahkan ketaatan kepada pemimpin dan negara, serta
bersedia berkorban jiwa raga untuknya.
Malangnya, perjuangan UMNO untuk memertabatkan
Melayu dan Islam sentiasa berdepan cabaran PAS dan PKR. Pas ditubuhkan pada tahun 1951 dilihat
sebagai satu agenda penjajah untuk menghalang kemaraan UMNO memperjuangkan
tuntutan kemerdekaan negara.
Sejak itu, perseteruan UMNO dan Pas tidak pernah terhenti, kecuali ketika PAS menyertai BN pada tahun 1973 hingga 1977.
Sejak itu, perseteruan UMNO dan Pas tidak pernah terhenti, kecuali ketika PAS menyertai BN pada tahun 1973 hingga 1977.
Perkara ini menyebabkan kerugian besar kepada
Melayu dan Islam. Tenaga dan fikiran
yang sepatutnya digunakan untuk memajukan Melayu dan Islam terhabis untuk
berlawan sesama sendiri.
PAS menolak sepenuhnya perjuangan UMNO mendaulatkan Melayu atas alasan itu termasuk dalam perkara yang ditegah oleh agama.
PAS menolak sepenuhnya perjuangan UMNO mendaulatkan Melayu atas alasan itu termasuk dalam perkara yang ditegah oleh agama.
No comments:
Post a Comment