Umum mengetahui kekuatan PAS terletak kepada
penyokong yang taksub. Golongan ini
percaya bahawa PAS itu Islam dan Islam itu adalah PAS. Sebab itu, apa yang diucapkan oleh pemimpin
mereka dianggap fatwa yang mesti dipercayai dan dipatuhi.
Dari segi bahasa, fatwa adalah keputusan tentang
sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas
al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau
mereka yang berwenang tentang keputusan hukum syarak).
Mari kita menyorot kembali beberapa fatwa yang
dikeluarkan pemimpin PAS yang dipegang kuat oleh penyokong taksub PAS.
- Haji Omar Daud dari Pasir Mas, Kelantan
mengeluarkan fatwa mengkafirkan UMNO pada tahun 1959 atas alasan assabiyah,
sekular dan mengadakan kerjasama dengan bukan Islam. Beliau adalah ahli
Jawatankuasa Ulama Pas dan wakil rakyat kawasan Dewan Undangan Negeri Bandar
Pasir Mas.
- Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan
mengeluarkan fatwa bahawa: “Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang
kafir untuk memerintah negara menjadi kafir atau haram.”
- Pada tahun 1979, Haji Mustafa Abu Bakar, guru
Pondok Pasir tumbuh, Kelantan dibicarakan di mahkamah atas tuduhan berikut:
“Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional hukumnya murtad. Orang-orang UMNO dalam Barisan Nasional tidak
sah dijadikan iman sembahyang.
Sembelihan orang UMNO Barisan Nasional tidak boleh dimakan. Tidak sah akad nikah sekiranya jurunikah itu
orang Barisan Nasional. Sekiranya tidak
bersefahaman antara suami isteri jika salah seorang PAS yang satu Barisan
Nasional, nescaya hukumnya tertalaklah antara suami isteri dan jika bersetubuh
juga hukumnya zina, kalau dapat anak hukumnya anak zina.”
- Pada tahun 1981 Pak Chu Hassan dari Pasir Mas,
Kelantan mengeluarkan fatwa menghukum penyokong Barisan Nasional sebagai
kafir.
- Pada tahun 1981 juga, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang mengkafirkan UMNO ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala
Terengganu.
- Pada tahun 1994, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat mengatakan bahawa menentang PAS adalah haram mengikut
al-Quran.
No comments:
Post a Comment