Golongan
wanita lebih cenderung mengalami masalah kesihatan mental berbanding lelaki. Antara
punca penyumbang masalah tersebut ialah sikap mereka yang suka memendam
perasaan dan kehidupan sosial yang lebih terbatas berbanding lelaki.
Kebanyakan
wanita tidak mempunyai banyak peluang untuk melakukan aktiviti luar termasuk
berjumpa rakan-rakan selepas waktu kerja kerana sibuk dengan urusan rumah.
Emosi yang tidak
stabil semasa haid juga turut mempengaruhi kesihatan mental wanita.
Masalah rumah tangga mudah
memberi tekanan perasaan kepada wanita, terutama melibatkan kesetiaan suami. Selain
itu sikap suami tidak peduli urusan keluarga juga memberi kesan mendalam terhadap
isteri.
Wanita tidak mahu berbual bila ada masalah berbanding lelaki yang suka merujuk kepada rakan-rakan. Mereka tidak mahu masalah dihadapi diketahui orang lain atau tidak yakin masalah itu dapat diselesaikan.

Maka itu,
mereka lebih banyak memendam perasaan dan ini menyebabkan tekanan berterusan. Semakin
lama dipendam bukan menyelesaikan masalah, bahkan keadaan menjadi semakin teruk.
No comments:
Post a Comment