Sunday, 21 January 2018

CARA MAKAN BIJI CEMPEDAK

Biji cempedak agak besar. Malah ada biji cempedak lebih 'kelihatan' berbanding isi. Biji cempedak boleh dimakan. Malah ada orang menggemari biji cempedak berbanding isi cempedak. Biji cempedak boleh dimakan apabila direbus atau digoreng.

Maksud 'rebus' sama ada menggunakan air biasa atau dimasukkan kedalam bubur yang memanaskannya. Manakala goreng pula, bukan pula bermaksud menggunakan minyak masak untuk menggoreng biji cempedak, tetapi goreng cempedak bersama isi dan bijinya.

Merebus biji cempedak amat mudah. Guna air biasa (bubuh sedikit garam jika perlu) sehingga biji itu empuk. Angkat dan biarkan sejuk. Kemudian sedia untuk dimakan.

Kalau yang digoreng, ia boleh dimakan terus bersama isi cempedak itu. Membuang biji cempedak goreng satu pembaziran. Biasanya orang tidak mengetahui biji cempedak goreng boleh dimakan.

Siapa belum pernah mencubanya, elok dapatkan pengalaman merasai rasa enak biji cempedak. Mungkin hendak cari biji cempedak semata-mata untuk direbus tidak 'jadi', maka cubalah makan cempedak goreng bersama bijinya. 

Cara rebus biji durian

No comments:

Post a Comment