Rasulullah
SAW telah menziarahi perkuburan Baqi dan mengucapkan salam kepada orang yang
telah mati dengan doa baginda: "Selamat sejahtera wahai penghuni rumah
orang yang beriman, dan kami kelak Insya-Allah akan menyusuli kamu."
Jelas
sekali, salam dan doa itu menyedarkan kita bahawa pada suatu ketika nanti akan
menyusuli ornag telah terdahulu berada di kuburan itu.
Nabi
SAW juga bersabda: "Dahulu saya pernah melarang kamu menziarahi kubur tetapi
sekarang kamu boleh menziarahinya kerana menziarahi kubur itu mengingatkan kamu
kepada kematian." (Riwayat Imam Muslim)
Biarpun
disunatkan atau sesuatu yang dituntut dilakukan, terdapat panduan yang perlu
dilakukan semasa melawat kubur. Antara yang perlu diberi perhatian ialah ziarah
itu bertujuan atau mampu mendidik jiwa untuk lebih bersedia menghadapi
kematian.
Ziarah
kubur mesti dijauhi daripada perbuatan pemujaan atau untuk mendapat keramah jenazah
yang disemadikan di kubur itu.
Sunat
menziarah kubur tidak dijelaskan sama ada untuk lelaki atau wanita. Namun, bagi
wanita perlu memastikan tidak melakukan perkara dilarang seperti meratap dan
meraung.
Selain
itu mereka hendaklah menutup aurat dan tidak bercampur bebas dengan lelaki yang
bukan mahram.
Dalil
yang menunjukkan bahawa hukum bagi perempuan menziarahi kubur adalah tidak
haram berdasarkan beberapa hadis Rasulullah SAW.
Nabi
berjalan melintasi seorang perempuan yang sedang menangis di kubur anaknya,
lalu Baginda bersabda: “Bertaqwalah engkau kepada Allah dan bersabarlah.” (Hadis
Muslim dan Bukhari)
Daripada
hadis di atas dapat difahami bahawa menziarahi kubur bagi perempuan tidak
dilarang. Ini kerana jika perbuatan tersebut dihukumkan haram, sudah tentunya Rasulullah
SAW menegur ataupun melarang perempuan tersebut daripada menziarahi kubur.
Aisyah
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang doa yang boleh dibacanya apabila
berziarah ke perkuburan. Rasulullah Shallallahu SAW bersabda: “Katakanlah:
“Mudah-mudahan Allah limpahkan keselamatan ke atas ahli kubur daripada
orang-orang mukmin dan orang-orang Islam dan semoga Allah merahmati orang-orang
terdahulu dari kalangan kami dan orang-orang yang terkemudian, dan sesungguhnya
sekiranya kami diizinkan oleh Allah kami akan bertemu dengan kamu.” (Hadis
riwayat Muslim)
Hadis
di atas adalah dalil yang menunjukkan bahawa tidak haram bagi perempuan
berziarah kubur.
Namun
perlu diingat, bahawa hukum berziarah kubur bagi perempuan ini bergantung pada
tujuan dan keadaannya ketika berziarah. Hukum asalnya adalah makruh sekalipun
tujuannya untuk mengambil iktibar, untuk mengingatkan kepada kematian, alam
barzakh dan alam akhirat.
Di
samping itu, perempuan tersebut dapat menjaga adab kesopanan ketika berziarah,
dapat menahan diri dari kesedihan atau dukacita yang bersangatan dan aman dari
segala fitnah.Manakala apabila berlaku tujuan dan keadaan yang sebaliknya, maka
hukum makruh tersebut akan bertukar kepada haram.
Perlu
diambil perhatian juga, hukum yang membenarkan perempuan berziarah kubur ini
adalah tertakluk bila adanya keizinan daripada suami atau wali. Sekiranya tiada
keizinan daripada suami atau wali, tidaklah perempuan itu dibenarkan untuk
berziarah kubur.
No comments:
Post a Comment