Jering juga dipanggil kenuak,
jengkol atau ongkol. Jering sangat digemari oleh masyarakat Malaysia, Thailand
dan Indonesia.
Jering mengeluarkan bau agak
busuk apabila dimakan, namun enak rasanya dan sangat digemari sama ada dimakan
segar, direbus dan dimakan bersama kelapa parut, dijeruk atau dimasak.
Buah dan pucuknya berasa
lemak-lemak pahit dan pedar. Sesiapa yang memakan buah jering akan mengeluarkan
air kencing yang berbau hancing kuat.
Mengapa jering berbau busuk?,
kandungan asid amino yang terdapat dalam biji jering mengandungi unsur sulfur
yang mengeluarkan bau apabila terdegradasi atau terpecah menjadi kecil, asid
amino akan menghasilkan gas H2S yang terkenal berbau.
Bau jering mungkin kurang
disenangi oleh orang yang tidak memakannya tetapi bagi orang yang mengemari
memakannya, baunya tidak menjadi masalah kerana rasanya yang enak.
Pokok jering mudah dibiakkan
menggunakan semaian biji benih. Pokoknya sederhana besar setinggi 15-25 m,
berkanopi bulat atau tiada bentuk.
Pokok jering akan berbuah setelah
4-6 tahun ditanam. Bunga berbentu dibahagian hujung dahan dan sesuai dipetik
selepas warna bertukar coklat gelap dan berisi.
Buahnya sederhana besar dengan
kulit tebal, kulit perang keungguan gelap, terdapat jerutan kulit di antara
biji-biji. Biji besar, kulit biji hijau ketika muda, bertukar coklat tua
setelah tua.
No comments:
Post a Comment