Jelawang
Pipe Resort & Extreme Park sebuah tarikan pelancongan terbaru di
negeri Kelantan terutamanya di daerah Dabong Kuala Krai. Terletak di Kampung Sungai Batu, Jelawang.
Kawasan
rekreasi ini telah ditubuhkan pada tahun 2018 dan menawarkan pelbagai aktiviti
menarik seperti sukan lasak, kem kepimpinan dan jati diri, serta menyediakan
tempat penginapan untuk disewa.
Lokasinya
juga sangat sesuai untuk dijadikan destinasi riadah dan perkelahan bersama
keluarga dengan kemudahan asas yang disediakan.
Suasana
yang damai dengan aliran sungai jernih serta memiliki udara yang segar
menjadikan lokasi ini sering dikunjungi pelancong dari dalam mahupun luar
negara.
Bagi
warga bandar dan kota, Jelawang Pipe Resort & Extreme Park adalah destinasi
yang tepat untuk anda mencari ketenangan dari kesibukan kota dan tekanan tempat
kerja.
No comments:
Post a Comment