CHiPs merupakan siri TV bertemakan polis
trafik yang pertama seumpamanya pernah dihasilkan. Ia disiarkan di seluruh
dunia dari 1977 sehingga ke 1983. Ia mengisahkan tentang kehidupan dua orang
polis peronda bermotosikal California Highway Patrol (CHP).
CHiPs ini sebuah drama aksi yang ringan lagi
santai. Maklumlah ia disasarkan untuk tontonan seisi keluarga. Dulu selepas
berita perdana, seisi keluarga akan duduk tercongok di hadapan TV menunggu
waktu siarannya.
Ia mengisahkan kehidupan seharian pegawai
polis CHP bernama Frank Poncherello dan Jonathan Baker atau lebih dikenali
dengan nama Ponch dan Jon.
Kedua watak ini dilakonkan oleh Erik Estrada
dan Larry Wilcox. Ia juga boleh dikatakan antara drama kepolisan yang paling
sopan kerana jarang sekali pegawai-pegawai CHP mengeluarkan senjata sepanjang
jalan cerita.
CHiPs juga pernah dihasilkan dalam bentuk
filem pada tahun 1999 dengan judul “CHiPs 99”. Ia mengekalkan beberapa pelakon
asal tetapi agak kurang berjaya.
Pada tahun 2005, sekali lagi Hollywood
menghebohkan dunia dengan satu lagi filem “CHiPs” tetapi masih belum nampak
hasilnya. Tahun 2017 pula CHiPs 2017 di seluruh dunia.
Usaha mengembalikan CHiPs beberapa kali membuktikan
betapa ia siri paling popular dan memberi kesan ingatan kepada masyarakat seluruh
dunia.
No comments:
Post a Comment