Wednesday 18 December 2019

SIPUT SEDUT SESUAI MASAK LEMAK CILI API

Siput sedut yang hidup di kawasan air payau, boleh ditemui di sungai, laut dan paya bakau. Siput ini bergantung kepada air pasang surut di antara air tawar dari daratan dan air masin dari laut yang bersih dan tidak tercemar.

Kawasan mempunyai kawasan hutan bakau yang secara semula jadi boleh didapati siput sedut. Kini terdapat usaha-usaha untuk menjadikan aktiviti menternak siput sedut dengan menentukan kawasan khas kepada pengusaha.

Secara umumnya, panjang siput sedut ditemui di kawasan itu mencecah sehingga 12 sentimeter dan memiliki hujung cengkerang tajam di samping permukaan licin berwarna hitam pekat.

Siput sedut mengandungi 'isi' atau hidupan di dalamnya yang lembut dan bergerak menggunakan 'kaki siput' pada batang pokok kayu bakau. Di bahagian bawah siput sedut terdapat satu lapisan penutup (bulat) yang mana berfungsi menutup isinya.

Siput sedut mempunyai cangkerang keras dan perlu dipecahkan atau dipotong di bahagian hujung tajamnya. Ini bertujuan untuk memberikan ruang udara ketika kita 'menyedut' isi siput di mulut di mana jika tidak dipotong tidak boleh disedut.

Kerja memotong bahagian hujung dijalankan dengan menggunakan parang atau alu lesung setiap ekor siput sedut dan perlukan kemahiran.

Siput sedut lazimnya dimasak lemak cili api, digoreng bercili atau masakan lain mengikut cita rasa peminat.

No comments:

Post a Comment