Tanggungjawab
jadi pengajur program, majlis mahupun yang senama denganya bukan mudah,
terutama yang melibatkan kewangan. Semua hendak program dianjurkan dengan jayanya.
Masalahnya tidak semua ingin memberi kerjasama.
Kalau
berkorban masa dan tenaga, mungkin ramai yang sanggup. Ini masalahnya berkorban
wang ringgit. Bagi yang berduit, rasanya tiada masalah. Yang peritnya jika
diserahkan tugas itu dari segi kewangan sekadar cukup-cukup. Lebih parah lagi
jika keperluan sendiripun tidak mampu dipenuhi.
Ini
satu catatan disalin dari media sosial:
Kenapa
saya tegas bab bayar ni?
Terlebih
dahulu, saya memohon maaf jika ayat-ayat saya di bawah akan buat sahabat-sahabat
terasa hati...
Ketegasan
ni, paling utama bagi memastikan usaha "tuan rumah" tidak sia-sia dan
dikecewakan...nak sedia tempat terbaik, nak sedia berapa kilo pulut, nak sedia
berapa liter santan, nak sedia berapa gelen air dan sebagainya...
#JangePikirKitoSaja
Dan,
sebenarnya juga saya menerima beberapa aduan berunsurkan kekecewaan serta serik
bahawa ada antara kita yang:
-
Tulis nama untuk hadir, tapi tak hadir dengan pelbagai alasan atau paka senyak
teruh - sedangkan bahagian dia kita dah peruntukkan.
-
Kirim mengirim (melibatkan TUNAI), tapi akhirnya ditanggung oleh orang yang
terima "kiriman".
Atas
dasar semua itulah, saya terpaksa bertegas bahawa untuk bankin @ transfer
sebelum majlis kita ni...
Tapi,
andai diberitahu bahawa akan berlaku "kelulusan" @
"keizinan" @ "keputusan" lain untuk buat pembayaran di
lokasi kejadian, maka tidaklah saya bertegas mengenai pembayaran ini...
Tidaklah
sampai ada yang usaha beratur di bank, usaha pinjam online banking kawan, usaha
mitok anok tolong transfer guna akaun bank anok dan macam-macam lagi USAHA!
Saya tabik pada sahabat-sahabat yang ada sifat tanggungjawab itu... silence but
act ..sampai saat tutup doh pun ada yg mitok nak buat pembayaran. Maaf.
Maaflah,
mungkin ada yang terasa (kebenaran itu pahit)...ambo budok ngaji komputer tidak
reti sangat nk kluk klek...tapi TOBAK kalu tahu akan ado beruboh keputusan,
ambo ikut demo jah...nak transfer/bank-in ko dop...sapa maso ambo seroh jah
duit hok mana ado...jadi, lepas ni mitok ampun, mitok maaf, bo lah suruh
ambo...tidak pade lawe
Apapun
SAHABAT tetap BERSAHABAT.
Terima
kasih atas kerjasama anda.
No comments:
Post a Comment